Utama > FALSAFAH PENDIDIKAN

17-Apr-2019

Pengenalan

Diasaskan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cawangan Negeri Perak pada tahun 1993 sebagai kesinambungan hala cara pendidikan Islam selepas TASKI atau pra sekolah. Penubuhan institusi ini adalah untuk memenuhi hasrat masyarakat yang ingin mendapatkan pendidikan anak mereka secara bersepadu yang berorientasikan pendidikan Islam.

 

Falsafah Pendidikan

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah suatu berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN AL-HIKMAH

Pendidikan Islam adalah proses pembinaan dan penyempurnaan insan mukmin yang berilmu, berhikmah. berketrampilan, beriltizam dengan nilai-nilai kesalihan dan setia melaksanakan tanggungjawab pengabdian serta kebaktiannya sebagai hamba Allah dan khalifah-NYA. Berpandukan petunjuk wahyu dan berlandaskan ‘aqidah Islamiah yang berteraskan tauhid, usaha ini bermatlamat membentuk peribadi rabbani yang terpadu, seimbang dan murni demi mencapai keredhaan Allah.